Sabtu, 27 Mac 2010

Diabetes Type 1 meningkat setiap tahun

Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan satu orang dari 100,000 kanak-kanak Amerika mati kerana penyakit diabets type 1. Pada tahun 2000 telah meningkat ke 24. Setiap tahun para saintis menganggarkan kanak-kanak mati kerana diabetes type 1 meningkat 3% setahun.

Diabets type 2, yang berkaitan rapat dengan obesiti/kegemukan dan pemakanan gula/karbohidrat yang banyak, dilaporkan dalam media dan jurnal perubatan, meningkat dengan kadar yang menakutkan. Tetapi Type 1 jarang disiarkan walaupun penyakit ini meningkat dengan kadar yang juga tinggi.

Walaupun diwar-warkan bahawa diabetes type 1 adalah keturunan genetik , diabetes kanak-kanak mungkin disebabkan oleh faktor cara hidup dan persekitaran , serupa seperti jenis type 2.

Masyarakat kesihatan alami (natural health community) mengetahui bahawa minum susu lembu terproses , disteril, dipasteur boleh menyebabkan penyakit autoimmune seperti diabetes type 1.

Tetapi perubatan konvensional (farmesuetikal), tetap tidak mengenal pasti penyebab diabetes type 1 (dan juga kanser dan penyakit kronik lain). Dan oleh sebab sistem perubatan enggan mengakui bahawa persekitaran (bahan kimia, pemilihan pemakanan, dan sebaginya) mempengaruhi can boleh menyebabkan penyakit-penyakit tersebut, sistem perubatan konvensional tidak mampu memberikan penyelesaian kepada pesakit. Dengan itu pesakit diberi regimen sepanjang hayat mengambil bahan kimia farmeseutikal yang bahaya (kesan sampingan) , bukan sebaliknya iaitu penyelesaian sebenar mengelak dari disorder autoimmune.

PErikan dari naturalnews.com

Ahad, 21 Mac 2010

Halba kurangkan gula kencing manis


Halba, yang mempunyai potensi anti-daibetik setaraf kulit kayu manis, adalah salah satu rempah bernilai untuk mengawal metabolisma gula dan oleh itu menghalang dan merawat kencing manis diabetes type II.

Halba mengurangkan rintangan insulin peringkat sel dan mengawal homeostasis gukosa darah. Halba telah dikaji yang hasilnya menunjukkan menurunkan paras gula darah sebanyak 46% pada pesakit kencing manis.
Mekanisma yang belaku ialah:
1- melambatkan proses penyerapan karbohidrat
2- melambatkan pengangkutan gukosa
3- melambatkan perut terasa kosong

Halba meningkatkan bilangan receptor untuk insulin dalam sel darah merah dan juga menggalakkan tisu sekitarnya menggunakan glukosa.

Selain itu halba juga meningkatkan paras antioksiden dan mengurangkan pemusnahan oksidasi lipid yang berkaitan diabetes.

Biji halba juga tinggi fiber dan mengimbangi serta melambatkan penyerapan gula dalam intestin. Fiber mukilagin ini juga mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol dalam intestin dan olehitu memberi kawalan terhadap penyakit jantung dan obesiti/kegemukan.

Cara pengambilan ialah dengan membuat teh halba, satu sudu teh dalam satu tehkoh (sederhana) dengan air panah.

Sabtu, 20 Mac 2010

Insulin

Fungsi Insulin adalah sebagai pembuka kunci pintu sel untuk memberi laluan kepada glukosa masuk ke sel badan bagi tujuan memberi tenaga.
Pankreas ialah kilang insulin yang mengeluarkan bilangan insulin sebanyak glukosa yang ada. Keluaran yang seimbang.

Tetapi jika terlalu banyak glukosa, pada jangka masa yang panjang, pankreas akan rosak kerana terlau overwork , akibatnya insulin yang dikeluarkan berkurang. Oleh itu pesakit perlukan bekalan insulin tambahan melalui injeksi dan sebagainya.

Lain pula jika receptor sel (kunci untuk insulin membuka) menjadi insulin resistant, kunci tidak akan dibuka dan glukosa tidak boleh masuk ke sel. Pesakit jenis ini juga memerlukan insulin tambahan untuk membuka kunci tersebut.


Setelah melihat video ini, diharapkan pembaca lebih memahami peranan insulin.
Tahukah anda sumber insulin yang di-injeksikan ke dalam tubuh pesakit diabetes ?

Satu lagi cara untuk mendapat insulin ialah daripada makanan yang mempunyai "insulin like properties" seperti kunyit, kulit kayu manis, peria dan banyak lagi.

Kunyit kawalan berat badan dan kencing manis

Khasiat kunyit boleh mengurangkan gejala kencing manis dan cegah serangan jantung.


Kurkumin bahan aktif dalam kunyit banyak khasiatnya. Beberapa kajian di beberapa negara telah menunjukkan ia sangat bekesan mengurangkan gula dalam darah. Antaranya di Indonesia, Mexico dan USA.

Antara hasil kajian yang diperolehi mereka ialah kurkumin boleh menangguh pembiakan tisu-lemak dengan melambatkan penumbuhan pembuluh darah baru, dinamakan angiogenesis, yang diperlukan untuk membikin tisu-lemak.

Kajian juga menunjukkan kumpulan tikus yang diberi makan kunyit mempunyai kurang penumbuhan pembuluh darah dalam tisu lemak. Paras Gula darah, triglyceride, asid lemak, kolesterol dan lemak hati juga didapati rendah yang sangat penting bagi mengawal diabetes.

Kurkumin bersifat anti-radangan dan antioksiden mengurangkan rintangan insulin dan menghalang diabetes type 2 dengan meredamkan tindakbalas radagan yang disebabkan oleh obesiti.

Kunyit tidak ada kesan toksik dan bahan antioksidennya membalikkan masalah radangan dan metabolik yang berkaitan kegemukan (obesiti) dan meningkatkan kawalan gula darah.

Suplemen:
Produk yang disyorkan ialan Live Well Cumin yang mempunyai juga bioperine ekstrak lada hitam untuk meningkatkan penyerapan 20kali ganda lebih berkesan. Ada 60 kapsul harga RM75.00


Sumber : naturalremediescures.com
medicinalnewstoday.com
indodiabetes.com

Khamis, 18 Mac 2010

Kulit kayu manis

Kulit kayu manis sebagai penawar alami (natural remedy) untuk diabetes type II

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II.

kulit kayu manisDengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manisboleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihatm dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.

Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes type 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.

Kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan di mana 60 orang sukarelawan kajian dengan diberi sebuk kulit kayu manis satu sudu teh setiap hari selama40 hari. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh mengurangkan paras glukosa darah dengan bekesan.

Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.

Selasa, 16 Mac 2010

Peria

Peria turunkan tekanan darah dan kandungan gula darah

periaPeria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis.

Sifat-sifat peria:
Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia. Ia mempunyai sifat-sifat berikut:-
(i) mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula dalam darah
(ii) menggalakkan nafsu makan
(iii) membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah penghadaman
(iv) menganudngi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dan juga anti-kembong
(v) memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopolitik
(vi) mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi
(vii) anti-radangan dan astringent. mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel movement)

Peria banyak khasiat. Antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah. Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya.

Cara-caranya:
Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum.
Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kecncing manis.

Suplemen
Produk yang disyorkan ialah Teh Peria kerana ia tidak pahit dan mudah disediakan.
http://tehperia.biz/mali
(tidak sesuai untuk ibu mengandung)


Selamat Datang

Selamat Datang ke ruangan perbatan alternatif melalui pemakanan sihat. Konsep kesihatan ialah penjagaan lebih baik dari merawat. Oleh itu jagalah kesihatan anda sebelum terlambat.

Kita sakit kerana beberapa sebab.
Antarnya:-
  1. sakit akut disebabkan oleh serangan virus dan bakteria (contoh denggi, taun )
  2. sakit kronik disebabkan oleh kerosakan organ badan
  3. lemah sistem imun seperti kanser.