Sabtu, 20 Mac 2010

Insulin

Fungsi Insulin adalah sebagai pembuka kunci pintu sel untuk memberi laluan kepada glukosa masuk ke sel badan bagi tujuan memberi tenaga.
Pankreas ialah kilang insulin yang mengeluarkan bilangan insulin sebanyak glukosa yang ada. Keluaran yang seimbang.

Tetapi jika terlalu banyak glukosa, pada jangka masa yang panjang, pankreas akan rosak kerana terlau overwork , akibatnya insulin yang dikeluarkan berkurang. Oleh itu pesakit perlukan bekalan insulin tambahan melalui injeksi dan sebagainya.

Lain pula jika receptor sel (kunci untuk insulin membuka) menjadi insulin resistant, kunci tidak akan dibuka dan glukosa tidak boleh masuk ke sel. Pesakit jenis ini juga memerlukan insulin tambahan untuk membuka kunci tersebut.


Setelah melihat video ini, diharapkan pembaca lebih memahami peranan insulin.
Tahukah anda sumber insulin yang di-injeksikan ke dalam tubuh pesakit diabetes ?

Satu lagi cara untuk mendapat insulin ialah daripada makanan yang mempunyai "insulin like properties" seperti kunyit, kulit kayu manis, peria dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan