Pengenalan

Selamat Datang ke ruangan perubatan alternatif melalui pemakanan sihat. Konsep kesihatan ialah penjagaan lebih baik dari merawat. Oleh itu jagalah kesihatan anda sebelum terlambat (sihat sebelum sakit).

Kita sakit kerana beberapa sebab.
Antarnya:-
  1. sakit akut disebabkan oleh serangan virus dan bakteria (contoh denggi, taun )
  2. sakit kronik disebabkan oleh kerosakan organ badan
  3. lemah sistem imun seperti kanser.
Apabila merawat sesuatu penyakit , kita perlu mengenalpasti puncanya, barulah boleh disyorkan penawarnya.

Allah telah mencipta bumi ini untuk manusia hidup sihat dengan alam sekeliling.  Makanan yang disediakan untuk manusia berupa tumbuhan seperti daun, buah, batang, kulit kayu, akar dan seluruh bahagian pokok ada khasiatnya.

Kita akan dapat maklumat tentang berbagai petua untuk menyembuh pelbagai penyakit.  Memang tidak dinafikan semua makanan dari tumbuhan ada khasiat mereka tersendiri, terpulang kepada kita untuk memilih dan mengamalkan yang sebaiknya.

Pengetahuan petua diterima dari turun temurun atau dari kajian saintifik.  Malangnya Ilmu turun temurun kebiasaannya tidak ditulis dengan baik dan kebanyakknya telah hilang dari pengetahuan kita.  Manakala kajian sains moden juga terhad, walau bagaimanapun kita tetap berusaha mencari penawar dari tumbuhan adalah lebih baik daripada dadah perubatan moden yang tidak menyembuh tetapi hanya suppress gejala penyakit , dan selepas itu pula akan memberi kesan sampingan kerana hampir keseluruhan dadah adalah dari bahan kimia yang tidak sebati dengan keperluan tubuh manusia.